.: Puasa :.


Assalamualaikum ^_^ 

Alhamdulillah, Allah yg menggerakkan hati-hati manusia untuk melakukan suatu kebaikan. Entry kali ini merupakan cetusan daripada soalan yg diajukan oleh seorang adik angkat kesayangan ku, Nuraisah Watin. Seawal jam 6.36am tadi aku menerima satu pesanan ringkas daripada Aisah. Dia menanyakan sama ada pada 4hb ni boleh ke tak untuk puasa sunat? 

Walaupun sedikit terlewat untuk menjawab soalan yg diajukan tersebut, kerana selepas solat Asar barulah aku berkesempatan untuk meneliti mesej-mesej yg masuk.

Pada awalnya, selepas membaca mesej tersebut, aku terus mencari kalendar Islam... 
4 November 2013 = 30 Zulhijjah 1434 
Kemudian aku mencapai buku Manhaj Fiqh Al-Syafi'i jilid II yang memfokuskan pada perbincangan zakat dan puasa untuk mendapat kepastian yg lebih supaya aku dapat menjawab soalan dengan ilmu yg benar, insyaAllah. Kerana bimbang juga kiranya aku menjawab soalan yg berkaitan hukum ini dengan jawapan yg salah. 

Okay sayang, di sini akak lebih detailkan tentang puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram merujuk kepada buku yg dinyatakan di atas. 

* * * 
PUASA SUNAT

Puasa sunat adalah bertujuan untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah yg bukan fardhu tetapi dalam masa yg sama masih tetap menjaga agar perlaksanaan ibadah-ibadah fardhu itu tetap terjaga. Puasa sunat merupakan ibadah yg afdhal. 

Berdasarkan daripada hadith yang bermaksud, 
"Daripada Abu Sa'id katanya, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, sesiapa yg berpuasa sehari semata-mata kerana Allah, Allah akan menjauhkan dirinya daripada api neraka selama tujuh puluh tahun." 

Pensyariatannya adalah tidak lain tidak bukan melainkan untuk meningkatkan pengabdian dan pendampingan diri kepada Allah semata sebagaimana yg dinyatakan di dalam sebuah hadith yyg bermaksud : 

"Hamba-Ku sentiasa mendampingi diri-Ku dengan melakukan ibadat-ibadat sunat sehingga Aku menjadi kasih kepadanya." 

Dengan menghampirkan diri kepada Allah akan menjauhkan diri kita daripada maksiat, mendekatkan diri kepada mentaatinya dan segera membuat amal kebajikan. Kemudian, dia akan sentiasa dalam keadaan yg betul dan kehidupan yg lebih sempurna. 
Terdapat 5 jenis puasa sunat iaitu : 

1. Puasa pada hari 'Arafah 
Berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yg tdk mengerjakan Haji 

Daripada Abu Qatadah katanya, "Rasulullah S.A.W dintanya tentang puasa pada hari 'Arafah. Baginda bersabda, ia menghapuskan dosa setahun yg lalu dan setahun yg akan datang."

2. Puasa pada hari 'Asyura' dan Tasu'aa' 
'Asyura' adalah hari yg ke-10 bulan Muharram dan Tasu'aa' pula adalah hari yg ke-9 bulan yg sama. 

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut. 

Daripada Abu Qatadah, Rasulullah S.A.W ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda, "Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yg lalu."

Daipada Ibnu Abbas katanya, "Rasulullah S.A.W bersabda, jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yg kesembilan Muharram."

Hikmah berpuasa pada kedua-dua hari tersebut adalah untuk berhati-hati daripada kemungkinan berlaku kesilapan awal bulan. Demikian juga halnya supaya tidak menyamai perbuatan orang Yahudi. Ini adalah kerana orang Yahudi juga berpuasa pada hari yg ke-10 bulan Muharram. Justeru itu, sesiapan yg tdk berpuasa pada hari Tasu'aa' dan 'Asyura' dia sunat berpuasa pada hari ke-11 bulan tersebut. 

3. Puasa hari Isnin dan Khamis 

Daripada Aishah katanya, "Rasulullah S.A.W mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis." 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda, "Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa." 

4. Puasa selama tiga hari pada setiap bulan 
Afdhal melakukan puasa pada hari-hari malam bulan mengambang iaitu pada hari yg ke-13, ke-14 dan ke-15 setiap bulan Islam yg dikenali juga sebagai hari-hari putih. Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. 

Daripada Abu Hurairah katanya, "Rasulullah s.a.w meminta aku melakukan tiga perkara iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur." 

Dripada Abu Qatadah katanya, "Rasulullah s.a.w bersabda, kelebihan puasa pada tiga hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun." 

Daripada Abu Dzar katanya, "Rasulullah s.a.w bersabda, sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pd 13, 14, dan 15 haribulan." 

5. Puasa selama 6 hari pada bulan Syawal 
Yg afdhalnya adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas hari Aidilfitri. Namun cara yg demikian tdk lah menjadi syarat. Malah sunatnya tetap didapati sekalipun dilakukan secara berselang-selang hari. 

Daripada Abu, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yg berpuasa pd bulan Ramadhan diikuti dgn puasa enam hari dlm bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun." 

* * *
PUASA MAKRUH

Manusia merupakan seorang hamba. Sebagai seorang hamba maka adalah wajib untuk mentaati segala perintahNYa serta menjauhi segala laranganNYa. Sebagaimana yg kita semua tahu bahawa perkara yg makruh jika ditinggalkan akan mendapat pahala. Sementara jika melakukannya akan menyebabkan pelakunya berdosa. Antara puasa makruh ialah; 

1. Puasa pada hari Jumaat SAHAJA 

Nabi s.a.w bersabda, "Jangan sesiapa pun di kalangan kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali berpuasalah juga pada hari sebelum atau selepasnya." 

2. Puasa pada hari Sbatu SAHAJA 

Nabi s.a.w bersabda, "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali yg Allah fardhukan atas kamu." 

Jumhur ulama juga berpendapat bahawa makruh puasa pada hari Ahad sahaja. Ini adalah kerana orang Yahudi mengagungkan hari Sabtu manakala orang Nasrani pula  mengagungkan  hari Ahad. Namun begitu, adalah tidak makruh sekiranya berpuasa pada hari Sabtu bersama-sama hari Ahad. Ini disebabkan kerana tidak ada sesiapa pun daripada dua golongan tersebut yg mengagungkan keduanya. 

Nabi s.a.w berpuasa pada hari Sabtu dan Ahad lebih banyak hari-hari yg lainnya. Sabdanya, "Kedua-dua hari tersebut adalah hari raya orang Musyrikin, namun aku ingin melakukan amalan yg tdk menyamai perbuatan mereka." 

3. Puasa sepanjang tahun 
Adalah makruh berpuasa sepanjang tahun terutamanya bagi mereka yg bimbang akan bahaya terhadap dirinya atau bimbangkan hak orang lain. 

Nabi sa.w teah mempersaudarakan Salman dan Abu al-Darda'. Ketika Salman menziarahi Abu al-Darda', dia nampak Ummu al-Darda' dlm keadaan sugul. Lalu dia bertanya, "Apahal engkau?" Ummu al-Darda' menjawab, "Saudara engkau Abu al-Darda' tdk mempedulikan dunia lagi." Salman berkata, "Wahai Abu al-Darda' ! Tuhan mempunyai hak, begitu juga keluarga dan diri engkau sendiri mempunyai hak yg menjadi tanggungjawab engkau menunaikannya. Justeru tunaikanlah tanggungjawab engkau pada yg berhak." Lalu Abu al-Darda' menyebutkan kata-kata Salman kepada Nabi s.a.w dan Baginda pun bersabda, "Benarlah kata-kata Salman itu."

#Namun begitu, sekiranya puasa tersebut tdk membahayakan dirinya dan tdk menjejaskan hak orng lain ia tdk lah makruh malah sunat dilakukan. Ini adalah kerana puasa merupakan antara ibadat yg afdhal. 

* * * 
PUASA HARAM 

1. Puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha 
HARAM berpuasa pada kedua-dua hari tersebut. Ini dijelaskan berdasarkan hadith 

Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w melarang puasa pada dua hari, iaitu pada hari raya Adha dan Fitri. 

2. Puasa pada tiga hari Tasyriq 
Hari Tasyriq ialah hari-hari selepas Aidiladha iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 

"Daripada Ka'ab bin Malik, Rasulullah  s.a.w telah mengutusnya bersama-sama Aus bin al-Hadathan pada hari Tasyriq. Baginda berseru, "Tidak masuk syurga melainkan orang yg beriman. Hari-hari di Mina adalah untuk makan dan minum." 

Daripada 'Amru bin al-'As katanya, "Inilah hari-hari yg kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w  berbuka dan melarang kami berpuasa.

#Imam Malik menyatakan bahawa maksud hari-hari tersebut ialah hari Tasyriq.

3. Puasa hari Syak 
Hari Syak ialah hari yg ke-30 bulan Sya'bann. Ini kerana apabila anak bulan tdk kelihatan, org ramai meragui hari itu sama ada bulan Sya'ban atau Ramadhan. Maka tdk harus berpuasa pd hari itu.

Daripada 'Ammar bin Yassir, daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, "Sesiapa yg berpuasa pd hari yg diragui org ramai, dia adalag mengingkari Nabi s.a.w." 

4. Puasa pada setengah bulan yg kedua bulan Sya'ban 
Ini dijelaskan berdasarkan hadith, 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila setengah bulan Sya'ban berlalu, janganlah kamu berpuasa." 

#Namun begitu tdk haram berpuasa pada hari Syak dan setengah bulan yg kedua Sya'ban apabila hari itu menjadi kelaziman org yg berpuasa atau dia meneruskan puasa yg telah dimulai sebelum setengah bulan yg kedua tersebut. 

Daripada Abu Huairah daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, "Janganlah kamu dahului bulan Ramadhan dengan berpuasa satu atau dua hari sebelumnya kecuali orang yg telah biasa berpuasa sehari. Dalam hal ini  hendaklah dia meneruskan puasanya."   


ALHAMDULILLAH ! Segala sesuatu ilmu dan kebaikan itu datang daripadaNya, sekiranya ada sebarang kekurangan adalah daripada diri yg masih lagi jahil ini. Aku bukanlah seorang yg arif ttg hukum, tetapi perkongsian ini adalah untuk membantu yg lain. Kerana hak ilmu itu adalah untuk diamalkan dan disampaikan kepada yg lain, semoga ia menjadi suatu yg bermanfaat buat yg membacanya. Sebarang permasalahan boleh lah rujuk kepada para asatizah yg lebih arif. 

#Tambah ILMU, update AMAL dan upgrade IMAN
wassalam ~

Comments

Popular posts from this blog

...Hati Ini Rindu...

...Kuala Terengganu Darul Iman...