...Hati Ini Rindu...

 
  

~ IBU ~
Kerinduan itu menggamit sanubari. 
Menggigit hati 
Seringkali melemahkan dalam meneruskan langkah 
tanpa mu di sisi 
engkau lah kekuatan ku selama ini,
aku ingin menjadi yg terbaik utk mu meski jasadmu tidak mampu lagi utk ku gapai 
tiada lagi pelukan mesra penuh kasih 
dan tiada juga kucupan sayang yang di hadiahkan kepada ku 

Hampir tujuh tahun dirimu pergi meninggalkan 
masih terbayang di mata bayangan susuk tubuh mu 
yang semakin kurus menanggung kesakitan betahun lamanya 
meski diri mu dalam kesakitan yang tak tertanggung,
namun diri mu masih lagi terus menggagah diri 
menguruskan kami anak-anak mu 

Diri mu mendidik kami dengan penuh hemah 
meski begitu tegas 
namun aku tahu ia adalah untuk kebaikan kami 
dan kasih mu kau curahkan bagaikan menatang minyak yang penuh 
Impian mu menggunung tinggi 
untuk melihat kami berjaya dunia wa akhirat 
Setiap bait pesan mu menjadi perisai untuk aku meneruskan langkah di bumi ini 


 Meskipun hanya potret mu yg mampu ku tatap 
setiap kali aku duduk d hadapan meja 
sebelum aku mengisi diri dengan ilmu 
pastinya wajah mu akan menghiasi pengihatan ku 
betapa aku rindu untuk menatap wajah mu yang tenang   
kenangan bersama mu sepanjang hidup takkan pernah luput dari ruang ingatan 
diri mu bagaikan srikandi yang sentiasa meniupkan semangat 
ke dalam jiwa ku agar tidak mudah mengalah dengan kehidupan 

Masih terngiang di pendengaran ku suara mu menegur bacaan kalamullah dari ku
sewaktu mentilawah ayat-ayat cinta Maha Pencipta, 
meskipun saatt itu aku berada d kamar dan diri mu menyiapkan kerja d ruang depan rumah 
meski aku begitu jarang mendengar bacaan ayat-ayatitu dari bibir mu 
namun aku yakin kekuatan daya ingatan mu begitu kuat 
kerana diri mu hafizah kalamNya. 
Kerana itu aku sentiasa berasa selamat saat berada d samping mu 
Setiap pesan mu penuh dengan hikmah tersendiri 
mengajar aku menjadi muslimah yang lebih baik 

Betapa hati ini rindu 
rindu pada air tangan mu 
yang sering diri engkau hidang kan untuk santapan kami anak-anak mu 
meski terkadang diri muu sendiri terpaksa menahan lapar 
hanya ingin melihat perut anak-anak mu di isi dengan rasa kenyang  

Ya Rabb... 
terasa berat rindu ini ku tanggung 
ingin saja aku menjerit meluahkan 
namun aku tahu ia bagaikan suatu yang sia-sia 

Apa yang telah aku berikan sebagai balasan pd pengorbanan mu ibu? 
Aku bukan lah seorang anak yg terbik ketika diri mu masih disarungi nyawa 

Namun 
saat sakaratul menghampiri mu,
aku tidak pernah menyesali tindakan ku untuk meninggalkan 
aktiviti ku d sekolah semata-mata untuk bersama mu 
meskipun saat itu begitu genting untuk ku 
pelbagai ujian dan dugaan aku hadapi saat itu 
membuatkan aku tidak sanggup untuk menunjukkan kesedihan d wajah ku 
apatah lagi tergamak untuk meluahkan 
kerana aku sedar jerih payah dan pengorbanan mu tidak setanding 
dengan kesakitan yang aku tanggung 
kerana itu juga lah aku cuba berlagak tenang d hadapan mu 
sabar dengan karenah mu yang semakin mula 
dihinggapi penyakit lupa 
impak daripada kesakitan yang diri mu tanggung bertahun lamanya 

Saat tangan ni menyiramkan air membersihkan tubuh mu 
aku sayu 
sayu melihat kan keadaan diri mu yang semakin gering 
betapa hebatnya diri mu kerana mampu bertahan dengan kesakitan itu
masih teringat ketika diri mu memandikan aku dengan penuh kasih 
bagaimana mampu aku balas pengorbanan mu 
tiada terdaya untuk ku membalasnya 
bermula hadirnya aku dlam rahim mu 
melahirkan aku ke dunia dengan mempertaruhkan nyawa mu 
membesarkan dan mendidik aku dengan penuh kasih dan sayang 

Saat diri mu d panggil Ilahi 
aku tidak mampu lagi menahan air jernih yang tumpah ke pipi 
meski aku cuba kuatkan hati namun aku lemah juga 
hingga membuatkan aku hampir rebah 
Saat mengucup dahi mu yang pucat kedinginan sebelum diri mu 
di pakaikan dengan pakaian putih 
yang tidak pernah mengira darjat manusia di dunia 
aku cuba menahan air jernih itu agar tidak menitis ke wajah mu yang jernih 
aku tidak mahu diri mu menanggung siksa d alam sana 
cukup la kesakitan yang diri mu tanggung d dunia 
emoga kesakitan itu menjadi kaffarah buat dosa2 mu 

Ya Rabb, 
aku tidak akan berhenti memohon kepadaMu 
agar Engkau menempatkan ibu ku 
bersama orang-orang yg beriman 
dan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu 
jauhkan lah dia dari siksa azabMu 
~AMIN~


Comments

Popular posts from this blog

.: Puasa :.

...Kuala Terengganu Darul Iman...