...Kuala Terengganu Darul Iman...


Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, segala puji-pujian selayaknya dipanjatkan ke hadrat Allah yg Esa. Pasti ia menjadi suatu yg tak pernah tergapai dek akal bahawa impian dan cita-cita yg tersemat d kalbu menjadi realiti. Aku bersyukur yang teramat sangat apabila aku menghitung-hitung diri, betapa banyaknya nikmat yg telah Allah kurniakan kepada diri yg hina ini. Satu persatu impian Allah makbulkan. Meski sebelum ini aku hanya mampu untuk mencipta angan dalam diam, tersemat di hati, tak terjangka ia menjadi suatu lukisan yg terlakar terindah dalam sejarah kehidupan ku. 

Jika dahulu, Melaka menjadi salah sebuah negeri yg ingin aku jejaki. Mungkin disebabkan terlalu meminati subjek sejarah ketika di bangku sekolah menengah suatu ketika dahulu, memupuk keinginan untuk melihat sendiri kota bersejarah peninggalan Portugis bersama kesan-kesan yg masih kekal hingga ke hari ini sebagai bukti sejarah yg paling penting dalam kajian para pengkaji sejarah. Alhamdulillah, Allah memberi izin untuk aku ke sini sebagai penuntut ilmu. Menghabiskan masa selama tiga tahun di sini, menimba sebanyaknya ilmu yg ada dan mengutip mutiara-mutiara berharga. 

Kini, satu lagi impian yg hanya tersemat d hati selama ini menjadi realiti dengan izin Allah. Alhamdulillah, Kuala Terengganuyg sekian lama ingin aku kunjungi termakbul. Jika sebelum ini, aku sering menidakkan bahawa aku akan menjejakkan kaki ke kota yg mempunyai bukti penyebaran agama Islam yg terawal dengan penemuan Batu Bersurat. Nampak tak kat situ, betapa minatnya aku dengan subjek sejarah, hihi :P 

Sebelum ini, aku hanya sempat singgah di Kemaman saja. Bermalam selama 4 hari 3 malam di rumah Timbalan yaag diPertua sebelum exam final bermula. Tetapi kali ini, Allah memberi ruang, peluang dan kesempatan untuk aku menghabiskan masa selama seminggu di Kuala Terengganu pula. Alhamdulillah! ^_^ 

Mengenali ramai adik-adik semester satu dari Terengganu membawa aku ke sini. Perkenalan yg singkat selama hampir sebulan pada bulan Ramadhan di masjid semasa solat terawih telah menjalinkan ukhuwah antara aku dengan adik dari Fakulti Perniagaan dan Inovasi. Meskipun kami daripada fakulti yg berlainan tapi Islam itu kan bersifat universal. Bukan setakat fakulti, tapi bangsa, negara, bahasa dan warna kulit yg berbeza pun dapat disatukan dalam Islam. Lihat, betapa indahnya Islam itu sendiri :) 


Tanpa aku sangka, kehadiran aku dalam keluarganya di sambut dengan baik sekali. Bagaikan sebuah keluarga. Meskipun pada awalnya aku agak kekok untuk bergaul kerana bahasa yg berbeza membataskan aku dengan mereka untuk berbual mesra. Aku lebih banyak mendiamkan diri dan mengamati sahaja butir bicara mereka. Cuba untuk mengenal pasti maudhu' yg menjadi perbualan hingga kadangkala menimbulkan suasana yg ceria, gelak tawa dan kegembiraan jelas tergambar di wajah mereka. Namun, aku hanya mampu tersenyum kerana tidak begitu pasti apa yg dibicarakan haha... 

Bahkan diamnya aku menjadi bahan usikan mereka. Kerana tidak memahami. Aku sedih sebenarnya, kerana saat lidah mampu mengungkap panggilan 'mak' untuk mak Iqlima, namun aku tidak dapat menzahirkan sepenuhnya perasaan bahawa aku gembira dengan gelaran itu setelah hampir lapan tahun gelaran itu begitu berat untuk aku tuturkan apatah lagi untuk memberi gelaran kepada mana-mana ibu yg menjadi ibu angkat. :'( 

Bukan tidak mahu mencuba atau langsung tiada usaha untuk berusaha, tetapi lidah ni keras sangat nak bercakap dengan bahasa mereka, huhu... Hingga ditertawakan pula, malu jadinya. Sebab itulah aku lebih senang mendiamkan diri dan memasang telinga sahaja. 

Hari pertama aku di sana, awal pagi lagi Cik Ngah dah bertandang ke rumah mak. Berkenalan dengan dia, adalah juga borak-borak. Kemudian bersiap-siap untuk keluar kerana dia sudi untuk menemani kami pergi ke Masjid Kristal. Wahh! Tak sangka, awal-awal sampai je dah berpeluang ke sana. Memang itu salah satu hajat di hati, hehehe... Kami pergi berempat, Iqlima, Cik Ngah, Syamimi dan aku sendiri. Sebelum ke sana, kami pergi ke stesen bas terlebih dahulu untuk membeli tiket balik ke Kuala Lumpur. Selepas itu, kami ke Pasar Payang. Cik Ngah nak beli sedikit barangg perhiasan rumah. 

 

Kemudian kami bertolak ke Muzium Negeri Terengganu. Meneroka sejarah-sejarah di Terengganu. Pelbagai info sejarah yg aku perolehi. Contohnya asal usul nama Terengganu, pasar-pasar yg terdapat di sana dari seawal tahun sebelum merdeka hinggalah ke hari ini dan macam-macam lagi lah. HUHU 

Lepas tu, baru lah kami beransur ke Masjid Kristal pula. ^_^ 
Kami sempat menunaikan solat Zohor dan Asar di Masjid Kristal. Cantik! Sangat cantik! Betapa kagumnya aku dengan keindahan binaan masjid ini kerana setiap tiang yg terpacak adalah dengan izinNya. Jika tidak pastinya ia hanya mampu di lukis di atas kanvas para arkitek yg mengilhamkannya saja. 

 

Kemudian, sepanjang berada di sana pastinya makanan menjadi salah satu keunikan yg membezakannya dengan negeri lain kan, hihi... Makan je kerja aku kat sana huhu. Hari pertama tu pagi, mak bagi aku makan nasi kerabu, sebelum ni memang pernah makan dah, tapi sekali je sebab aku memangg tak minat sangat pun. Tapi bila kat sana, tetibe je tekak aku ni berkenan sangat2 dengan nasi kerabu HAHA. Sedap!!!! 

Tengahari pula, Cik Ngah belanja makan Mihun Sup d Pasar Payang dan malam pula mak ajak makan Mee Rebus di gerai, HUHU. Walaupun malam tu hujan selebat-lebatnya tapi kami pergi juga. 

Masa dua hari sebelum Hari Raya Aidiladha, Ima ajak pegi  makan Magie Sup pula, HAHA... Sup belake... Tapi sedap! Alhamdulillah perut aku tak mengada-ngada sepanjang di sana. Semua makanan aku dapat makan tanpa sebarang masalah. Yg bestnya, kat sana ada ramai anak-anak saudar dan adik-adik sepupu Ima yg masih kanak-kanak lagi. Seronokk melayan karenah dorang HUHU... 

Malam tu jugak, aku berpeluang membantu membungkus tapai bersama makcik2 dan pakcik2 AJK Surau... sempat mak ajar aku macamana cara nak bungkus tapai, hihi... 

# Ini lah hasil yg aku buat sendiri huhu


 

Ini Adik Afiq.. anak Achik dgn kak Jue.. Antara yg paling rapat dgn aku sepanjang di sana, 
sedih saat aku nak berangkat balik, dia lari dengan esakan tangis yg sukar utk dihentikan apatah lagi dipujuk. Sepanjang perjalanan ke stesen bas, dia duduk di sebelah aku tapi hanya mendiamkan diri. Aku pelik sebab sebelum ini dia memang suka duduk dengan aku dalam kereta walaupun masa tu aku duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu, dia akan banyak bertanya macam2 soalan. Aku juga tidak mampu utk membendung takungan airmata, apatah lagi masa menunggu bas tiba.. kami sempat duduk makan sekadar untuk mengalas perut sepanjang perjalanan nanti, sikap dia semakin pelik. Dia hanya makan daripada suapan yg akuu sua kan dan hanya minum air daripada minuman aku sahaja. :'( 

Hati aku semakin berat utk meninggalkan dia di sana, dalam hati hanya mampu berdoa agar aku berpeluang lagi untuk ke sana. Masih teringat bagaimana eratnya genggaman tangannya menggenggam tangan ku sepanjang di stesen bas, bagaikan dia tidak merelakan aku pergi dari dia. Mungkin ada yg beranggapan dia anak aku, tak apa lah, aku tak kisah pun... sememangnya hati ini juga sudah menyayangi dirinya. Beberapa hari sebelum itupun dia selalu saja nak pimpin tangan dengan aku pergi ke mana-mana. 

Terngiang-ngiang lagi suara menyatakan ingin pimpin tangan aku :'( 
"Apiq nak pimpin tangan dengan kakak"
"Apiq nak duduk dengan kakak kat depan" :(
Ya Allah, betapa sedihnya hati ini saat mengingati dirinya. Paling sedih apabila keesokan harinya mak telefon dan mengatakan bahawa setiap kali dia datang ke rumah, dia akan bertanya pada mak bila aku akan datang ke sana lagi :'( 
Malahan malam kami bertolak balik dia terus menangis meskipun telah tiba d rumah sehinggalah dia tertidur kerana keletihan... Ya Allah! Sedihnya hati saat mendengar khabar tersebut. 




Semasa Hari Raya Aidiladha, aku berpeluang melihat kemeriahan sambutan di Pantai Timur. Seronok sangat. Banyak jemputan makan, heheh... makan lagi... :P 




Sehari sebelum bertolak balik, kak Jue ajak pergi ke bandar dengan menaiki bot tambang dari seberang Takir dan berhenti di jeti berhampiran Pasar Payang. Masa tu la aku dengan Ima mencari beberapa barangan sebagai kenang-kenangan utk ahli keluarga dan adik2 rumah... huhu, letih juga hehe... tapi yg kelakarnya kami boleh sesat kat dalam pasar tu Hahah... 




Hari terakhir aku berada di Kampung Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu maksediakan nasi dagang sebagai sarapan utk aku, huhu... Kemudian, Ima bawa aku jalan-jalan pusing sampai ke Manir, hihi.. Jika sebelum ini kami sering ditemani kanak-kanak kali ni cuma kami berdua saja.Singgah beli minuman dan kuih cempedak, keropok lekor dan pisang goreng pastu lepak kat tepi Pantai Airport berdua, heheh menghabiskan masa berdua, ambil gambar kat tepi pantai...memang seronok heheh... 

# Cantik kan pantai kat sini, pasirnya putih, lautnya biru....tenang je... ^_^
indah ciptaan Ilahi 



Jika saat meninggalkan Kuala Terengganu, adik afiq yg menangis kerana ingin ikut serta bersama kami... d Melaka pula semasa Along menghantar aku dengan Ima ke KUIM, kedua-dua anaknya pula menangis. Zulaikha ingin ikut Mak Su@Ima... dan adik Hadi pula nak ikut aku, huhu.... Sedihnya meninggalkan mereka... namun langkah kaki terpaksa ku gagahi  jua... Suatu saat nanti dengan izinNya kita akan di pertemukan semula sayang...jangan tangisi langkah kami, bukan sengaja diri ini hendak membuatkan air jernih itu menyentuh pipi kecil mu apatah lagi membiarkan tangisanmu berpanjangan...sesungguhnya hati ini juga menyimpan kasih yg sama buat kalian, namun apakan daya, diri ini terpaksa pergi..insyaAllah ada umur kita bertemu lagi 



Comments

Popular posts from this blog

...Hati Ini Rindu...

.: Puasa :.