...pEsaN paDa diRi...

... TiaDa ciNta paLinG seLaMaT seLepaS iJaB & QaBuL...

... TiaDa ciNta paLiNg aBaDi meLaiNkaN cInTa aGuNg-Nya...


Sunday, 25 January 2015

...Penghibur Hati...



Assalamualaikum, ^_^

Okay, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk entry kali ini. Hurmm, kali ni nak kongsikan dan beritahu satu dunia... (erkkk! Mengada! Haha) pada sesiapa yg Allah izinkan untuk membaca entry dari blog yg tak seberapa hot ni ye, cool je memanjang hikhik... ;-) 

Kongskikan tentang apa?? Ehh lupa haha... pasal budak yang comel lagi membuat sesiapa yg melihat geram apatah lagi bila berdepan dengan budak ni haha (over pulak, macam la retis :p) 


Ahah ! Sape budak comel ni? Hihi, ni lah Muhammad Azri.. baru sembilan bulan dilahirkan, semenjak kehadiran dia dalam keluarga kami, dia telah menyerikan rumah yang sekian lama telah sunyi dari tangisan anak kecil. Hihi 

Alhamdulillah, masa mula2 dia berada di dalam dakapan aku tak menyangka dia akan membesar secomel ini hehehe... 
sekarang kemain aktif lagi, nak bagi makan pun nak kena kejar2 dah haha 



Tengoklah budak comot ni hehehe 
Dalam seminggu dua ni dia dah xnak minum susu lagi dh, tapi lebih banyak minum air masak. Hurmmm 

Baru tiga hari lepas dia demam, asyik nangis je. Tengah2 malam pun menangis, suara tangisan dia tu bole sampai ke bilik aku haaa... kesian pula dengar, dia kan kecik lagi, bila rasa sakit dia tak dapat nak cakap untuk maklumkan pada kami sebab dia tak pandai bercakap lagi, hanya dengan suara tangisan saje la yang dapat dia lontarkan bagi menunjukkan bahawa ada sesuatu yg membuatkan dia tak selesa. 

Bila datang manje dia, subhanallah ! Mahu dikejar nye selagi kita tak dukung dia hahaha... bila dekat je dengan dia, mula lah kain atau seluar kita ditariknya, tunjuk muka comel dia dan minta di dukung... hihi 

Gelagat dia betul2 mencuit hati. ^,^ 


Bila dia tengah tidurm rindu pula nak dengar suara gumbira dia, nak tengok gelagat manja dia, hihi... 

Bila dia tengah mengamuk ke tak puas hati ke, dia mesti akan menangis dan buat perangai hehe, so terpaksa lah angkat dia, bawa keluar kat laman, dia suka sangat tengok kapal terbang, setiap kali dengar je bunyi kat denagn pantas dia akan dongak kepala dan cari kapal terbang hahaha... 

Tak susah sangat nak pujuk pun, tapi yang susah nye bila dia kat luar, dia tak nak masuk dalam dah hahaha... suka sangat kat luar, bila ternampak kucing memang habis la dikejar hihi,.. 

Sekarang ni, dia dah aktif merangkak, apa lagi bila bosan dalam 'kereta' dia akan merengek2 minta di keluarkan, pastu buat kacam2 gaya nak turun huhu sabar jelah

Nasib baiklah sayang kat dia hihi, 
Apa pun akk doakan adik akk ni membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh insyaAllah 


Fi hifzillah sayang 


"Sungguh, pada kanak-kanak itu ada nya ketenangan tatkala memandang wajah polos mereka, kerana mereka suci daripada dosa"

Subhanallah