Posts

Showing posts from November, 2013

.: Puasa :.

Assalamualaikum ^_^  Alhamdulillah, Allah yg menggerakkan hati-hati manusia untuk melakukan suatu kebaikan. Entry kali ini merupakan cetusan daripada soalan yg diajukan oleh seorang adik angkat kesayangan ku, Nuraisah Watin. Seawal jam 6.36am tadi aku menerima satu pesanan ringkas daripada Aisah. Dia menanyakan sama ada pada 4hb ni boleh ke tak untuk puasa sunat?  Walaupun sedikit terlewat untuk menjawab soalan yg diajukan tersebut, kerana selepas solat Asar barulah aku berkesempatan untuk meneliti mesej-mesej yg masuk. Pada awalnya, selepas membaca mesej tersebut, aku terus mencari kalendar Islam...  4 November 2013 = 30 Zulhijjah 1434  Kemudian aku mencapai buku Manhaj Fiqh Al-Syafi'i jilid II yang memfokuskan pada perbincangan zakat dan puasa untuk mendapat kepastian yg lebih supaya aku dapat menjawab soalan dengan ilmu yg benar, insyaAllah. Kerana bimbang juga kiranya aku menjawab soalan yg berkaitan hukum ini dengan jawapan yg salah.  Okay sayang, di sin