Posts

Showing posts from 2013

.: Puasa :.

Assalamualaikum ^_^  Alhamdulillah, Allah yg menggerakkan hati-hati manusia untuk melakukan suatu kebaikan. Entry kali ini merupakan cetusan daripada soalan yg diajukan oleh seorang adik angkat kesayangan ku, Nuraisah Watin. Seawal jam 6.36am tadi aku menerima satu pesanan ringkas daripada Aisah. Dia menanyakan sama ada pada 4hb ni boleh ke tak untuk puasa sunat?  Walaupun sedikit terlewat untuk menjawab soalan yg diajukan tersebut, kerana selepas solat Asar barulah aku berkesempatan untuk meneliti mesej-mesej yg masuk. Pada awalnya, selepas membaca mesej tersebut, aku terus mencari kalendar Islam...  4 November 2013 = 30 Zulhijjah 1434  Kemudian aku mencapai buku Manhaj Fiqh Al-Syafi'i jilid II yang memfokuskan pada perbincangan zakat dan puasa untuk mendapat kepastian yg lebih supaya aku dapat menjawab soalan dengan ilmu yg benar, insyaAllah. Kerana bimbang juga kiranya aku menjawab soalan yg berkaitan hukum ini dengan jawapan yg salah.  Okay sayang, di sin

...Kuala Terengganu Darul Iman...

Image
Assalamualaikum,  Alhamdulillah, segala puji-pujian selayaknya dipanjatkan ke hadrat Allah yg Esa. Pasti ia menjadi suatu yg tak pernah tergapai dek akal bahawa impian dan cita-cita yg tersemat d kalbu menjadi realiti. Aku bersyukur yang teramat sangat apabila aku menghitung-hitung diri, betapa banyaknya nikmat yg telah Allah kurniakan kepada diri yg hina ini. Satu persatu impian Allah makbulkan. Meski sebelum ini aku hanya mampu untuk mencipta angan dalam diam, tersemat di hati, tak terjangka ia menjadi suatu lukisan yg terlakar terindah dalam sejarah kehidupan ku.  Jika dahulu, Melaka menjadi salah sebuah negeri yg ingin aku jejaki. Mungkin disebabkan terlalu meminati subjek sejarah ketika di bangku sekolah menengah suatu ketika dahulu, memupuk keinginan untuk melihat sendiri kota bersejarah peninggalan Portugis bersama kesan-kesan yg masih kekal hingga ke hari ini sebagai bukti sejarah yg paling penting dalam kajian para pengkaji sejarah. Alhamdulillah, Allah memberi i

...Hati Ini Rindu...

Image
     ~ IBU ~ Kerinduan itu menggamit sanubari.  Menggigit hati  Seringkali melemahkan dalam meneruskan langkah  tanpa mu di sisi  engkau lah kekuatan ku selama ini, aku ingin menjadi yg terbaik utk mu meski jasadmu tidak mampu lagi utk ku gapai  tiada lagi pelukan mesra penuh kasih  dan tiada juga kucupan sayang yang di hadiahkan kepada ku  Hampir tujuh tahun dirimu pergi meninggalkan  masih terbayang di mata bayangan susuk tubuh mu  yang semakin kurus menanggung kesakitan betahun lamanya  meski diri mu dalam kesakitan yang tak tertanggung, namun diri mu masih lagi terus menggagah diri  menguruskan kami anak-anak mu  Diri mu mendidik kami dengan penuh hemah  meski begitu tegas  namun aku tahu ia adalah untuk kebaikan kami  dan kasih mu kau curahkan bagaikan menatang minyak yang penuh  Impian mu menggunung tinggi  untuk melihat kami berjaya dunia wa akhirat  Setiap bait pesan mu menjadi perisai untuk aku meneruskan langkah di bumi in