CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...to all of you...

...tiaDa ciNta...

... TiaDa ciNta paLinG seLaMaT seLepaS iJaB & QaBuL...

... TiaDa ciNta paLiNg aBaDi meLaiNkaN cInTa aGuNg-Nya...















Thursday, 1 March 2012

...kEsiBuKaN DuNiaWi...

Bismillahirrahmannirahim... ~

 Assalamualaikum W.B.T 

Alhamdulillah...segala puji dan syukur dipanjatkan
ke hadrat Ilahi kerana 
masih memberi ruang, peluang dan kesempatan 
untuk terus bernafas di atas muka bumiNya ini
dan dalam meneruskan langkah dalam kembara mencari ilmu,
cinta dan kasihNya di bumi Melaka ini...
semoga sepanjang perjalanan kembara ini 
dipermudahkan olehNya..

diri ini hanya ingin memberi manfaat
kepada umat seluruhnya 
insyaAllah...
tapi persoalan yang sering berlegar-legar 
saat melafazkan azam yang satu itu 
ialah,
dari segi apakah 'manfaat' yang dapat 
ku sumbangkan pada Islam??
apakah dari sudut keilmuan??
subhanallah, sungguh aku masih merasa tidak layak 
kerana ilmu di dada 
hanya sejengkal

tetapi, 
apa yang lebih aku runsingkan adalah
mampukah aku beramal dengan ilmu yang ada
lalu istiqamah dalam melaksanakannya??
aku akan cuba laksanakan 
setakat yang termampu dan terdaya dengan kudratku 
semua dengan izinNya jua...
insyaAllah...

sepanjang berada di sini,
menapak sebagai seorang 'mahasiswi'
selangkah demi selangkah aku mulakan untuk 
terus memperbaiki diri yang lemah,
hina lagi jahil ini..
aku ingin terus melakukan transformasi dalam diri ku
meninggalkan 1001 kisah silam
yang penuh liku dan duri dan begitu pahit 
sehingga tidak sanggup utk ku 
hadapinya lagi jika sejarah berulang....

namun,
 aku bahagia kini
kerana disebalik semua ujian tersebut,
hikmahnya cukup berharga buat diri yang kerdil ini
malahan ia telah menambah keyakinan ku 
terhadap pertolongan dan kuasaNya
yang tidak pernah menjauh dari hambaNya
hanya manusia yang sering melupakan dan menjauh dariNya
kekuatan dan semangat terus membara
dalam meneruskan langkah
agar aku dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik dari hari ke hari,
insyaAllah...

kesibukan duniawi yang selama ini
telah banyak menghabiskan sebahagian masa remaja ku
sebelum bergelar mahasiswi 
kini tidak akan ku sia2kan lagi
tetapi akan ku isi dan seimbangkan agar tidak 
ketinggalan utk menempa kejayaan bagi keduanya 
yakni kejayaan dunia jua akhirat
insyaAllah... 

 meskipun berbagai ujian
dan halangan demi halangan yang terpaksa aku lalui,
namun aku tahu dan sedar aku harus kuat!
semua ini hanya sekadar menguji sejauh mana kesungguhan
diri ku untuk meneruskan jihad di medan ilmu ini
kembara ini tidak mudah 
kerana menuntut pengorbanan jiwa juga masa
semoga matlamat yang tercipta saat
kali pertama mlangkah ke sini
akan tercapai hingga ke kemuncaknya
begitu jugak lah yang aku harapkan buat sahabat2 perjuangan
agar terus tetap dalam perjuangan ini
dan menggapai kejayaan 
bukan untuk diri sendiri tetapi utk agama...
insyaAllah...

(^_^)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...